Square Enix

Square Enix Company, Limited (Kabushiki-gaisha Sukuwea Enikkusu) TYO: 9684 ialah sebuah syarikat permainan video Jepun yang amat popular dengan francais-francais permainan video berperanannya, seperti siri Final Fantasy, siri Dragon Quest (dikenali sebagai Dragon Warrior di Amerika Utara daripada tahun 1989 hingga 2005), dan siri Kingdom Hearts. Square Enix tercipta akibat gabungan di antara syarikat Square Co. dengan Enix Corporation. Pada 1 April, 2003, Enix secara sahnya bergabung dengan Square, di mana pemegang saham Square mendapat 0.85 kongsian stok di dalam syarikat baru tersebut berbanding pemegang saham Enix yang mendapat tukaran satu-ke-satu. Meskipun ini berlaku, kebanyakan kakitangan utama Square mendapat peranan pengetuaan dalam korporsai hierarki mereka, termasuklah presiden Square Yōichi Wada, yang diletakkan sebagai presiden kepada korporasi baru tersebut.

Square Enix

Industri Perisian & Pengaturcaraan
Buku dan Majalah (Jepun sahaja)
Anak syarikat Taito Corporation
Bilangan pekerja 3,164 (sehingga 31 Mac, 2007)
Perancang utama Yasuhiro Fukushima, Honorary Chairman
Yōichi Wada, Presiden dan CEO
Keiji Honda, Eksekutif Naib Presiden
Ibu pejabat Nishi-Shinjuku, Tokyo, Jepun
Laman sesawang www.square-enix.com
Keluaran Francais Final Fantasy
Francais Dragon Quest
FrancaisKingdom Hearts
Francais Bubble Bobble franchise
Francais Space Invaders
Ditubuhkan September 1975 (sebagai Enix)
1 April 2003 (bergabung dengan Square Co. untuk menjadi Square Enix)
Hasil $598.3M (227% FY '03 hingga '04)
Jenis Awam (TYO: 9684 )